25 October 2019
BELUM DIDEDAHKAN - BAKAL SUAMI ELLY MAZLEIN SUDAH RAMAI PEMINAT
"Baru saya sedar, rupa-rupanya belum apa-apa lagi Papa (Azlan) sudah mengumpul ramai peminat kerana semua tak sabar nak tengok wajahnya. Namun, Papa bukan dalam kalangan selebriti. Dia pun ada cakap, bagi reda dan bersedia dulu. Apabila sudah bersedia, barulah saya akan tunjuk wajahnya. Jangan risau, semua akan nampak wajah Papa nanti. Saya takkan kecewakan peminat Papa Awan Nano. Cuma, bagi dia ruang sikit.
"Jadi, kalau nak tengok Papa, tunggu di empat majlis lagi. Tiga di Kuala Lumpur dan satu di Kelantan," ujar penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein, 39, yang mengakui bakal suaminya yang dikenali sebagai Azlan, 29, atau digelar Papa Awan Nano itu sudah mula mengumpul peminat tersendiri sejak dia memuat naik gambar dan video di laman Instagram.
Sempena hari jadi bakal suaminya itu semalam, Elly turut memuatnaik video yang memperlihatkan sedikit wajah lelaki itu dari celahan bunga. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, apabila tiba waktu sesuai dia akan berkongsi wajah suaminya kepada umum.
Klik untuk gambar besar
Elly yang juga pengacara program 'Mentor Milenia 2019' di TV3 berkata, dia juga belum memutuskan sama ada akan memperkenalkan bakal suaminya pada majlis bertunang atau berinai: "Mungkin saya akan tunjuk ketika majlis bertunang atau berinai. Apa-apa pun tunggu dan lihat perkembangan di Instagram saya nanti".
Elly yang juga ibu tunggal anak satu berkata, bakal suaminya itu seorang yang cukup memahami kerjayanya sebagai artis: "Apabila kami berada di khalayak ramai, alhamdulillah dia okay dan senang sangat. Kadang-kadang jika kami berjalan, orang akan menuju kepada saya untuk bergambar. Jadi, dia pun terkena tempias sama. Namun, dia tahu nak kawal situasi. Jadi, saya berasakan dia menghargai peminat saya".
Terdahulu, Elly berkongsi dia dirisik keluarga Azlan pada 19 Oktober lalu. Elly yang pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dikurniakan anak perempuan, Putri Sara Sefhia sebelum bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Elly Mazlein
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment