08 October 2019

"SAYA BUKAN MUSLIM....." - NEETA JAWAB ISU PELUK HAN-BYUL


"Saya ingin jelaskan kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, berpeluk itu bukan saya nak kata salah atau betul. Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.





"Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton," demikian kata penyanyi Neeta Manishaa yang enggan orang ramai terus salah faham dan tampil menjelaskan dia dan penyanyi daripada Korea Selatan, Han-Byul bukan beragama Islam dan hubungan mereka agak rapat.

Aksi spontan Neeta dan Han-Byul berpelukan selepas pengumuman pemenang Big Stage 2 menjadi bualan hangat di media sosial. Rata-rata netizen kurang senang melihat aksi mereka yang disifatkan tidak sopan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum apatah lagi menerusi program yang disiarkan secara langsung.

Untuk pengetahuan anda, Neeta sebenarnya berdarah kacukan Cina dan India. Itulah netizen ini cepat sangat melatah tanpa mengetahui perkara sebenar. Nak tegur itu tidak salah tetapi biarlah dengan cara yang berhemah. Harapnya dengan penjelasan Neeta ini, tiada lagi pihak yang akan mengecamnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: