08 October 2019

SAH CERAI KALI KE-4 - NATASHA HUDSON BAHAGIA HIDUP TANPA SUAMI


Sebelum ini, pelakon Natasha Hudson telah membuatkan netizen tertanya-tanya apabila menjawab pertanyaan persoalan mengenai cara menghadapi masalah rumah tangga melibatkan suami berlaku curang seakan memberi bayangan rumah tangganya bermasalah.





Bukan itu sahaja, malahan tindakannya memadam foto perkahwinan kali keempatnya itu turut menimbulkan spekulasi netizen. Namun kini, segala persoalan akhirnya terjawab apabila Natasha mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan, Noor Nashriq Sekanor baru-baru ini selepas hampir setahun bergelar suami isteri.

Enggan mendedahkan punca perceraian kali keempat itu, Natasha berkata rumah tangga yang dibina pada bulan Disember tahun lalu itu penuh dengan penipuan dan permainan mental: "Ya, saya sudah bercerai dengan talak satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental. Jadi saya tinggalkan dia.

"Ia memerlukan keberanian untuk saya lakukannya. Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesengsaraan dan pengorbanan. Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam atau sedih mengenai perkahwinan saya secara umum tapi ini adalah pengalaman paling teruk," katanya.

Natasha bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat penceraian dia dan bekas suami, menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi. Kata pelakon berusia 37 tahun itu lagi, dia sangat gembira dan tenang meneruskan kehidupan dengan baik setelah kembali solo.

Klik untuk gambar besar


"Sangat bahagia kembali hidup sendirian tanpa suami. Cukuplah untuk bersedih buat masa ini. Saya pun sudah meneruskan kehidupan dengan baik sekali," katanya yang turut menolak andaian orang ketiga sebagai punca perceraian, dan tidak mahu lagi memanjangkan hal ini kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, Natasha berkata kegagalan rumah tangganya itu membuatkan dia lebih berhati-hati memilih pasangan hidup di masa akan datang. Ujarnya dia memerlukan pasangan yang sentiasa menyokong dan menyayangi anak-anaknya.

"Saya tidak perlu orang yang lemah, saya bukan budak kecil dan saya juga manusia yang mempunyai hati. Saya perlukan pasangan yag boleh menjadi penyokong terbesar untuk saya. Pasangan itu juga perlu menyayangi dan menerima anak-anak saya dan dia juga perlu kuat dan berkuasa seperti saya yang tidak akan cipta drama dalam kehidupan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kini Natasha memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan serta meluangkan lebih masa kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan: "Buat masa ini saya sibuk menguruskan perniagaan dan banyak meluangkan masa untuk diri sendiri dengan mengembara ke negara lain. Saya hanya perlukan energi positif dan lebih fokus untuk diri sendiri sekarang," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: