07 October 2019

"BELAJAR AGAMA... BUKANNYA MENUNJUK-NUNJUK" - SUAMI 'SINDIR' LUFYA?


Suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik kata-kata seakan menyindir isterinya yang sering ke kelas agama agar tidak hanya berniat untuk menunjuk-nunjuk. Hafiz berkata, seseorang itu harusnya mempelajari ilmu agama untuk menjadi lebih baik, bukannya menutup keburukan yang ada dalam diri.





"Belajar agama itu bagi tujuan berdakwah di samping mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan menutup siapa diri kita sebenar. Yang penting, keikhlasan hati dan niat itu kena betul," ujarnya.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila Lufya baru-baru ini memuatnaik sebuah videi di Instagram miliknya memaparkan dia berjumpa dengan seorang pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew. Selain itu, menerusi InstaStory pula, Lufya ada berkongsi beberapa tip berkenaan masalah rumah tangga selepas beberapa peminatnya mengajukan soalan kepada aktres berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram. Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar juga mendakwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan terhadap dirinya. Perkongsian itu dibuat Lufya berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suami yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga bulan berkahwin.

Sementara itu, Hafiz sebelum ini mendedahkan dia sudah menceraikan isterinya itu menerusi aplikasi WhatsApp atas permintaan Lufya sendiri. Bagaimanapun, dinafikan Lufya yang mendakwa dia tidak menerima sebarang mesej lafaz cerai dari suaminya itu. Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Dr Che Hafiz & Lufya Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: