14 October 2019

TUNANG 6 JULAI LALU - FARA HEZEL BAKAL NIKAH DISEMBER INI


Sudah empat bulan melangsungkan pertunangan, kakak kepada penyanyi Aiman Tino, penyanyi Fara Hezel mengambil keputusan merahsiakan dahulu berita gembira itu kerana bimbang diuji ketika meniti fasa pertunangan.





Fara yang juga peserta Big Stage musim pertama berkata, dia bertunang dengan Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin atau Kamal pada 6 Julai lalu dan bakal disatukan Disember ini: "Ramai memberitahu, kekuatan cinta akan diuji ketika alam pertunangan.

"Itu yang membuatkan saya dan keluarga mengambil keputusan tidak menguar-uarkan mengenainya selagi belum tiba masa yang sesuai. Saya takut hubungan kami dilanda dugaan yang boleh menjejaskan ikatan cinta. Memandangkan tarikh pernikahan semakin dekat, keluarga memberi keizinan untuk kami berterus terang mengenai perkara itu," kata penyanyi yang popular menerusi lagu 'Ku Pasrah' itu.

Tambah Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri, dia mengenali Kamal yang menjalankan perniagaan sendiri, selain aktif menyanyi di sekitar Kuala Terengganu sejak tiga tahun lalu: "Saya mula mengenalinya ketika menjayakan sebuah persembahan di Terengganu. Biarpun sudah tiga tahun berkawan, hubungan kami mulai rapat sejak April lalu," katanya yang berharap perancangan menuju hari bahagia mereka dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Instagram Fara Hezel & @kamalofficial_1


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: