13 October 2019

BIMBANG EMOSI GANGGU GV6 - NOORSHILA AMIN LANTIK ANAK JADI 'ADMIN'


"Saya sudah bersedia dengan apa jua kata-kata orang di laman sosial, tapi untuk kurangkan impak emosi, lebih baik kita elakkan membaca komen-komen negatif mereka itu. Sebab itulah saya lantik anak saya, Nurul Nadia untuk mengawal dan memantau laman Facebook dan Instagram saya, dia yang akan bagi cadangan sama ada perlu tengok atau tidak.





"Alhamdulillah, buat masa ini semua pengikut saya di laman sosial masih terkawal," demikian kata peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Noorshila Amin yang menyerahkan mengendalikan laman sosial kepada anaknya sepanjang menyertai program tersebut.

Meskipun sudah bersedia dengan sebarang bentuk kecaman, dia mengakui bimbang jika komen negatif yang ditinggalkan sedikit sebanyak menganggu emosinya sepanjang program berlangsung. Penyanyi lagu 'Kad Ucapanmu' ini merupakan salah seorang daripada 13 penyanyi yang terpilih menyertai musim baharu Gegar Vaganza. 12 peserta lain lagi ialah Wann, Noorshila Amin, Feeza, Mazleela, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza. Selain itu, Ameer Sofazr, Jatt Black Dog Bone, kumpulan One Nation Emcee dan Kool.

Memasuki usia 55 tahun, Noorshila berkata dia perlu menjaga stamina tubuh untuk kekal sihat dan bertenaga. Justeru itu, dia perlu mengamalkan permakanan sihat dan sentiasa berfikiran positif: "Sejak tahun lepas saya mengamalkan bersenam selama 30 minit setiap hari dan tak makan selepas pukul 6.30 petang... nasi pun dah tak sentuh hampir sembilan bulan, dulu masa muda dah puas makan, jadi sekarang ini masa untuk kawal pula.

Klik untuk gambar besar


"Kesan menjaga permakanan itu membuatkan berat saya turun sebanyak 20 kilogram dan sekarang badan rasa lebih ringan. Selain itu sentiasa berfikiran positif untuk mendapatkan emosi yang lebih baik dan bersemangat," ujarnya.

Dalam perkembagan lain, GV6 akan memulakan saigan pada Ahad dan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor. Ia turut bersiaran di saluran di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

GV6 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala juri tetap, pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang. Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai Ilusi, Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5).






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Noorshila Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: