19 October 2019

TUNANG AKUI HUBUNGAN OKAY, DALAM PROSES BIMBING INTAN NAJUWA


Status yang dimuatnaik oleh tunang kepada pelakon Intan Najuwa iaitu Razrul Anwar Rosli yang seolah meluahkan rasa kecewanya selain turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja, telah tular sejak kelmarin. Bagaimanapun, Razrul menjelaskan status tersebut dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada Intan. Dalam pada itu, Razrul mengakui dia kini dalam proses untuk membimbing Intan.





"Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara positif di IG. Tak pernah negatif. Lagi-lagi tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang.

"Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa , saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Razrul berkata hubungannya dia dengan Intan baik-baik sahaja dan tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan. Jelasnya lagi, dia memahami lumrah kehidupan seorang artis sama seperti dunia politik: "Hubungan kami okay sahaja, semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama. Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa".

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: