19 October 2019

HUNNY MADU BERCERAI OKTOBER TAHUN LALU, TAK BAHAGIA PUNCANYA


"I am happily divorced. Saya seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata dan Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja. Masih bekerja sebagai pengacara dan mungkin akan kembali menyanyi. Kesihatan Adam juga baik selepas pembedahannya. Saya tidak mahu bila umur 55 atau 60 tahun tahun, saya masih hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia.





"Tidak bercuti bersama-sama, buat aktiviti bersama-sama... masing-masing hidup dalam dunia kami sendiri. Sudah bertahun-tahun sebenarnya saya rasa tidak bahagia dan saya kerap bayangkan di hari tua, kami hidup dalam dunia yang berlainan walaupun duduk serumah tetapi tak berkomunikasi antara satu sama lain.

"Perkahwinan ibu bapa saya bahagia dan mereka sangat rapat dan itu yang saya idamkan untuk diri saya sendiri. Mungkin satu hari nanti saya akan jumpa orang yang sesuai dengan saya, yang lebih baik untuk saya," demikian kata pengacara dan penyanyi, Hunny Madu yang mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid.

Klik untuk gambar besar


Menurut Hunny, Khairul telah menjatuhkan talak pada Oktober tahun lalu dan semenjak itu, mereka tinggal berasingan. Namun begitu, pasangan ini baru sahaja menyelesaikan segala urusan berkaitan perceraian mereka selepas anak kedua, Adam Musa selesai menjalani pembedahan pintasan jantung Julai lalu. Adam menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.

Memohon maaf kepada semua pihak terutamanya media kerana tidak bercerita mengenai perkara terbabit, Hunny menjelaskan yang keadaan kesihatan Adam menjadi sebab utama mengapa dirinya berdiam diri. Hunny juga mendedahkan sebab dia berpisah dengan bekas suami. Ujar Hunny, sudah bertahun-tahun dia rasa tidak bahagia dengan perkahwinan terbabit dan masalah komunikasi menjadi punca utama perpisahan.

Hunny berkongsi perkara terbabit di salah sebuah posting Instagram TV (IGTV) miliknya. Hunny atau nama sebarnya, Hani Farhana Mohd Hatim itu mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada tahun 2010. Selain Adam Musa yang dilahirkan pada tahun 2017, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Medina yang kini berusia enam tahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: