22 October 2019

WAJAH TENGKU LEON - RIHANA OKSANA BAKAL DEDAHKAN


Semua sedia maklum yang bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana enggan mendedahkan wajah anaknya kepada umum. Bagaimanapun, Rihana berkata dia akan berkongsikan wajah Tengku Leon menerusi laman YouTube miliknya tidak lama lagi. Perkara itu diberitahu oleh Rihana sendiri yang menjawab pertanyaan netizen di Instagram.





Dalam pada itu, Rihana berkata dia kini sedang giat menyiapkan beberapa video untuk akaun YouTube tersebut. Terdahulu, Rihana Oksana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.

Rumah tangga Rihana sebelum ini menjadi perhatian apabila peguam Sultan Kelantan mengesahkan pasangan itu bercerai talak tiga. Lebih kecoh apabila peguam Sultan mempersoalkan tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan. Minggu lalu, Rihana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia semalam untuk menentukan siapakah ayah kepada anaknya iaitu Tengku Ismail Leon Petra.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: