22 October 2019

NATASHA HUDSON DEDAH 9 BULAN DERITA, GUGUR DUA KALI


"Hanya sedikit kebahagiaan yang dikecapi sepanjang berkahwin, selebihnya penuh dengan penderitaan. Sebenarnya, pada hari pertama perkahwinan lagi rumah tangga kami sudah mula bermasalah. Justeru, saya reda dengan kehilangan dua kehamilan itu kerana percaya dengan perancangan dan ketentuan Allah SWT.





"Bila saya tidak bahagia, tiga anak juga turut menderita. Justeru, anak-anak dan ahli keluarga sangat bersyukur akhirnya saya dapat keluar daripada kemelut rumah tangga. Saya hanya dapat bertemu tiga anak sebulan sekali. Pastinya ia tidak cukup kerana anak-anak sangat rapat dan memerlukan kasih sayang saya sebagai ibu mereka," demikian kata pelakon Natasha Hudson, 37.

Mengesahkan perkahwinan kali keempat dengan ahli perniagaan Noor Nashiq Sekanor sudah pun berakhir awal Oktober lalu, Natasha mendedahkan hidupnya penuh dengan penderitaan sepanjang 9 bulan berumah tangga. Natasha juga mendedahkan dua kali keguguran serta mengakui sedih dan kecewa di atas kehilangan besar dalam perkahwinannya itu.

Ujarnya lagi, rumah tangganya sudah pun bermasalah pada hari pertama perkahwinan. Dedah Natasha lagi, tiga anaknya juga turut menderita dalam perkahwinan kali keempatnya yang bermasalah itu. Katanya lagi, dia terpaksa berjauhan dengan tiga anaknya itu sepanjang berkahwin kerana mengikut bekas suami menetap di Kelantan dan dia hanya dapat berjumpa sebulan sekali sahaja.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun kata Natasha, dia kini dia sudah memulakan hidup baru bersama anak-anaknya: "Sebelum ini bekas suami tidak membenarkan saya berlakon. Kini, selepas kembali solo, sampai masanya saya tumpukan perhatian terhadap karier seni, perniagaan dan keluarga".

Terdahulu, pelakon yang menempa nama menerusi filem 'Chermin' itu mengesahkan bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Kelantan pada selepas sembilan bulan berkahwin. Menyingkap tabir hidupnya, sebelum berkahwin dengan Noor Nashriq, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 tetapi hanya bertahan selama empat bulan.

Selepas bercerai dengan Mohd Faiz, Natasha berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan bertahan selama dua tahun serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena. Menyusul selepas itu, Natasha berkahwin dengan Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Khalila dan Faatimah.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: