08 November 2019

37 FOTO - BIRTHDAY KE-5 TEMA UNICORN JEMYMA, ANAK FASHA SANDHA


Anak kedua pelakon Fasha Sandha iaitu Putri Raysha Jemyma telah menyambut ulang tahun yang ke-5 dan ia telah diraikan semalam. Difahamkan, majlis tersebut diadakan di pusat membeli-belah terkenal, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.





Bertemakan Unicorn, anak perempuan Fasha itu dilihat cukup gembira apabila mendapat hadiah daripada tetamu yang hadir. Malah, bekas suami Fasha iaitu Jejai yang juga bapa kepada Jemyma turut sama hadir meraikan majlis berkenaan. Turut sama meraikan si cilik itu termasuklah rakan-rakan selebriti seperti Ozlynn, Siti Saerah, Sajat dan ramai lagi.

Untuk makluman, Fasha mempunyai seorang lagi anak iaitu yang sulung, Putra Rayfal Ramli hasil perkahwinannya dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli. Aktres tersebut kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz dan keduanya diijabkabulkan pada 30 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar









































































www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Fasha Sandha, Aidil Aziz, Jejai, Nur Sajat & Siti Saerah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: