Pelakon Eyra Hazali dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli baru-baru ini telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang berlangsung dengan gilang gemilang di Glam Hall Damansara Perdana.

Sebelum ini iaitu pada 1 November lalu, pelakon drama bersiri 'Puteri Yang Ditukar' ini selamat menjadi isteri kepada penjaga gol kebangsaan itu dengan hanya sekali lafaz kira-kira jam 9.35.
Eyra atau nama penuhnya, Hazirah Qasdina Hazali, dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Hazali Ramli, dengan disaksikan Abdul Jamel Jaafar, selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, di Masjid As-Syakirin KLCC.
Dalam majlis akad nikah tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sejumlah RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Hlive, Instagram @pinkazwan, @cstproduction, @puteriaishahofficial, @_inaijari_ & @officialriax
________________________

No comments:
Post a Comment