03 November 2019

"AKAN KONGSI BERITA GEMBIRA, MUNGKIN SELEPAS BERSALIN" - FASHA AKUI FOBIA


"Selepas mengalami keguguran tempoh hari saya akui fobia untuk berkongsi mengenai berita kehamilan. Cukuplah anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebelum ini. Saya tidak lagi mahu membuatkan mereka berasa hampa. Saya juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan mengenai perkara itu.





"Cuma, saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua," ujar pelakon Fasha Sandh yang enggan mengesahkan atau menafikan berita yang mendakwa dirinya kini kembali hamil sebaliknya meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik untuknya.

Fasha, 35, berkata, insiden keguguran yang dialami beberapa bulan lalu benar-benar memberi kesan kepada dirinya hingga fobia untuk berkongsi perkhabaran berita kehamilan. Menurut Fasha, pengalaman dilalui benar-benar memberi pengajaran kepada dirinya dan disebabkan itu dia hanya akan berkongsi pada waktu yang dianggap sesuai: "Apabila sudah sampai waktu yang sesuai saya tetap akan berkongsi berita gembira ini, tetapi mungkin selepas bersalin nanti".

Klik untuk gambar besar


Terdahulu timbul desas-desus mengatakan isteri kepada pelakon, Aidil Aziz, 32, itu kembali hamil apabila beberapa gambar dimuat naik di laman Instagram aktres terbabit menampakkan bentuk perutnya yang semakin membesar.

Bagaimanapun, sehingga kini Fasha masih mengunci mulut walaupun ramai yang menginginkan kesahihan mengenai perkara berkenaan di ruangan komen laman sosialnya. Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac lalu. Ia adalah perkahwinan kedua buat Fasha itu.

Menerusi perkahwinan pertamanya, pelakon filem 'Blok 404' itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 4. Pada 10 Jun lalu, Fasha menerusi perkongsian di Instagramnya mengumumkan dirinya mengalami keguguran. Sebelum itu, pada 21 Mei, dia mendedahkan sedang berbadan dua.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: