03 November 2019

BUSANA ASK 2019 DISAMAKAN 'BIG BIRD' & PULUT KUNING - CHE TA TAK KISAH


Busana kembang berwarna kuning yang digayakan oleh pelakon, pengacara dan usahawan Rozita Che Wan atau Che Ta itu pada acara Anugerah Skrin (ASK) 2019 kelmarin itu telah disamakan dengan karakter Big Bird dalam program Sesame Street. Bukan sekadar watak burung besar dalam rancangan kanak-kanak popular terbabit, malah sesetengah warganet turut menyamakan persalinan rekaan Zaimi Zulkafli itu seperti pulut kuning bertingkat.





Tidak lama selepas kemunculan artis jelita itu sebagai penyampai pada acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC, Jumaat lalu, gambar dirinya bersama karakter berkenaan mula tular di media sosial. Ketika ditanya berhubung perkara itu, Che Ta bagaimanapun enggan melatah.

"Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini. Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama.

Klik untuk gambar besar


"Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Saya yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka menggabungkan gambar saya dan (karakter) burung itu dalam kolaj," kata selebriti lebih mesra disapa Che Ta itu.

Pelakon 'Suri Katriana' itu berkata, dia amat menghargai usaha keras pereka fesyen menghasilkan rekaan yang menarik: "Saya begitu menghormati kreativiti dan kegigihan pereka fesyen. Bukan mudah untuk menghasilkan gaun yang unik dan cantik," ujarnya yang memeriahkan acara terbabit bersama suami, Zain Saidin.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: