03 November 2019

"ANJING MAKHLUK ALLAH... BUKAN MAHRAM PEGANG, PELUK TAK JADI ISU" - NABILA HUDA


"Anjing adalah makhluk daripada Allah juga, tidak ada masalah pun kita berbuat baik terhadap apa sahaja binatang yang ada. Lagipun saya dah beritahu yang saya dah samak. Saya tak rasa pun saya buat begitu untuk pengaruh semua orang pegang.





"Saya hanya nak tunjuk sebagai manusia, kita perlulah menyayangi setiap benda yang ada dimuka bumi ini," demikian kata pelakon Nabila Huda atau mesra disapa Abil yang menjelaskan niatnya hanya untuk berkongsi kegembiraan serta menunjukkan rasa kasih sayang terhadap haiwan.

Ujarnya lagi, isu tersebut tidak harus diperbesarkan kerana ada perkara lain yang perlu dipandang serius. Kata Abil lagi, isu masalah sosial di kalangan remaja adalah lebih membimbangkan dan perlu diberi perhatian golongan agamawan berbanding isu memegang anjing.

Klik untuk gambar besar


"Its not a big issue! Saya tahulah anjing tu haram. Kalau yang bukan mahram berpegangan tangan, berpelukan itu tak jadi isu pula. Mereka tak fikir setiap komen itu sebenarnya saya boleh ambi dan buat laporan polis".

Baru-baru ini foto Nabila Huda di Instagram bersama seekor anjing baka Husky ketika bercuti di New Zealand menjadi perhatian ramai. Perkara itu turut mendapat perhatian PU Syed yang menegur tindakan pelakon itu. Foto dimuatnaik Abil itu hangat diperkatakan, bagaimanapun pelakon itu awal-awal lagi memaklumkan bahawa dia sudah pun menyamak selepas bermain dengan haiwan tersebut.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: