08 November 2019

AINUL DIBEDAH 14 NOVEMBER INI - ALI PUTEH BERDEBAR, HARAP DIPERMUDAHKAN


Mengenai perkembangan terkini anak kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dilahirkan dengan masalah injap jantung terbalik, pelawak Ali Puteh memberitahu, pihak Hospital Serdang sudah menghubungi dan meminta Ainul dibawa ke sana pada 12 November ini.





"Hospital Serdang dah telefon dan maklumkan kepada saya yang Ainul akan menjalani pembedahan 14 November ini. Walaupun perasaan saya sekarang tidak menentu, saya harap urusan dipermudahkan dan pembedahan dapat berjalan lancar. Macam-macam yang lintas di fikiran, hati berdebar-debar..," katanya.

Tambah Ali Ainul sepatutnya menjalani pembedahan pada Oktober lalu tetapi disebabkan beberapa faktor tidak dapat dielakkan, ia ditangguhkan: "Saya tahu Ainul anak yang kuat dan saya harap Ainul bertahan semasa pembedahan dilakukan. Doakanlah anak saya selamat dan sihat. Saya minta maaf tidak dapat berkongsi banyak kerana emosi ketika ini bercampur baur...," katanya yang masih berjuang di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bersama kumpulan Puteh.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: