08 November 2019
REMY ISHAK: "TIDAK SALAHKAN ORANG LAIN... MASIH DIGANGGU TERUTAMA MAGHRIB"
"Mungkin apa yang berlaku ada juga kesilapan datang daripada diri sendiri dan saya tidak menyalahkan orang lain. Walaupun ujian ini terlalu berat saya harus melaluinya dan bangkit untuk melawan," kata pelakon Remy Ishak yang mengakui dirinya masih dalam tempoh rawatan selepas dipercayai mengalami gangguan akibat perbuatan sihir.
Remy, 37, berkata, dia harus kuat melawan ujian dan dugaan sedang dilalui, malah apa yang terjadi dia perlu melihat semula ke dalam diri. Katanya, kejadian itu berlaku sudah lebih setahun namun hanya baru-baru ini dia menyedarinya.
Remy sebelum ini pernah berkongsi Instagram (IG) live video mengenai dirinya yang menjadi mangsa ilmu hitam. Menerusi perkongsian itu katanya, pada awal dia menyangka mengalami kemurungan namun selepas keadaan semakin teruk dia bertemu ustaz untuk mendapatkan rawatan.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, kecoh mengenai status Remy yang memberi amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan juga keluarganya. Mengakui mengalami gangguan akibat perbuatan sihir, Remy berkata dia masih dalam tempoh rawatan.
Selepas menjalani beberapa rawatan barulah Remy sedar yang dia terkena buatan orang. Katanya, dia akan menjadi lemah selepas Subuh hingga waktu Asar. Remy berkata, dia tidak boleh mengalah kerana yakin setiap yang berlaku ada jalan penyelesaian
"Sehingga kini saya masih diganggu terutamanya pada waktu Maghrib apabila hendak solat benda itu akan mengusik saya. Keadaan saya jadi serba tidak kena dan apabila berada di tempat orang ramai kadang-kadang boleh jadi pemarah. Mujur masih ada agama dan itu yang membuatkan saya kuat untuk melawan. Saya percaya tiada siapa yang mampu melawan kuasa Allah, saya perlu kuat untuk terus melawan dan bertahan," katanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Remy Ishak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment