08 November 2019

"BUKANNYA PELACUR, PEMBUNUH ATAU PEROGOL" - RAJA ILYA ULAS VIDEO CUCI RAMBUT


"Video itu menjadi kontroversi hanya kerana seksi, bukannya menunjukkan saya seorang pelacur, pembunuh atau perogol. Ia hanya kerana seksi dan subjektif. Itu bukannya video saya sedang mandi dan saya bersedia dengan komen netizen. Tujuan saya hanyalah untuk promosi produk. Video itu hanyalah inspirasi idea saya dan suami. Suami ada bertanya mengenai respon netizen di sini mengenai video itu, namun saya sudah jelaskan padanya, sudah tentu akan ada respon negatif.





"Semua komen dalam Bahasa Melayu dan saya tidak terangkan komen melampau kepada suami kerana tidak mahu ada persepsi negatif netizen di sini," demikianlah ulas pelakon Raja Ilya, 34, berhubung sepotong video dirinya sedang mencuci rambut di bilik mandi yang dimuatnaik di media sosialnya.

Raja Ilya menjelaskan sudah bersedia untuk menerima kecaman warganet sebelum memuatnaik video memaparkan dia sedang mencuci rambut di bilik mandi baru-baru ini. Katanya, video itu sebahagian daripada strategi bagi mempromosikan syampu yang digunakan. Menurutnya, video juga mendapat kebenaran dan persetujuan daripada suaminya, Trent Garret, warga Australia untuk dimuatnaik di laman Instagramnya (IG).

"Bukan saya tak berbaju dalam video itu. Saya berpakaian penuh. Sebenarnya apa yang ingin saya ketengahkan adalah syampu itu bagus untuk rambut. Saya hendak menunjukkan bahawa ia juga tidak menyebabkan rambut gugur," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Hanya ketawa kecil apabila persoalan mengenai kehidupan berkahwin dengan lelaki 'mat salleh' yang dikatakan tiada adab sehinggakan dia turut terikut-ikut gaya kehidupan suami, Raja Ilya secara rasional memaklumkan, persepsi sesetengah netizen ternyata silap.

Katanya, kecaman yang dilemparkan warganet dengan mengatakan dia berbuat demikian kerana berkahwin dengan 'mat salleh' serta sudah melupakan adat dan tata susila adalah tidak adil. Tegas bintang 'Papadom' ini, perkongsiannya yang menjadi kontroversi gara-gara dikatakan seksi tidak ada kaitan dengan adab.

"Mereka tidak kenal suami saya dan membuat andaian sedemikian adalah sangat tidak bagus. Kita mudah menghukum sedangkan kalau mereka kenal suami dan ahli keluarganya, mereka jauh lebih beradab berbanding orang kita," katanya.

Selain berlakon katanya, dia juga menerima banyak tawaran untuk membuat previu produk. Malah ada antara tawaran untuk melakukan previu itu dibayar tinggi: "Bayangkan pengeluar produk yang mengambil saya untuk melakukan previu membayar harga tinggi. Sudah tentu mereka mengharapkan nilai wang dikeluarkan itu akan memberikan pulangan dan promosi yang saya lakukan memberi impak".


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Harian Metro & Instagram Raja Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: