13 November 2019

AKEL ZAINAL, BEKAS GITARIS UKAYS DISAHKAN TERBUNUH AWAL TAHUN INI


Akel Zainal yang merupakan bekas gitaris kumpulan rock Ukays itu yang menyertai militan Daish di Syria disahkan terbunuh awal disahkan terbunuh awal tahun ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, berdasarkan maklumat diterima pihak polis, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 39, dan seorang lagi militan Daish, Mohd Rafi Udin, 53, maut dalam serangan udara Rusia di Syria pada Januari dan Mac lalu.





Menurutnya, turut terbunuh adalah isteri dan anak Akel berusia dua serta tiga tahun bersama seorang lagi militan Daish warga Belgium: "Kita menerima maklumat bahawa Akel terbunuh apabila rumahnya di Baghouz terkena serangan bom dari udara pada Mac lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka yang terbunuh itu adalah empat rakyat Malaysia bergelar pemimpin kanan kumpulan militan Daish. Mohd Rafi juga adalah bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Selain itu, dua lagi individu yang hanya dikenali sebagai Abu Gomez dan Abu Zar mempunyai peranan penting menyebarkan propaganda dan meneruskan usaha pengkaderan di Asia Tenggara.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: