13 November 2019

"MAAF, SAYA TIDAK JUAL TUBUH SASA SEBALIKNYA JUAL BABAK AKSI" - HAIRUL


Umum mengetahui mengenai pelakon Hairul Azreen yang begitu fokus serta berusaha dengan gigih untuk kelihatan lebih 'muscular'. Hasilnya, dia kini mendapat beberapa tawaran untuk melakonkan filem aksi sesuai dengan bentuk tubuhnya itu. Namun, ada dakwaan mengatakan Hairul sengaja ingin 'menjual' tubuh badannya yang sasa dengan tidak berbaju dalam salah satu babak filem 'Wira' bagi melariskan karya itu.





Bagaimanapun, Hairul menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan babak dia menayang tubuhnya itu adalah demi memenuhi tuntutan watak semata-mata: "Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam. Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini".

Menurut Hairul, dia bukan sengaja tayang badan sebaliknya ia atas permintaan sutradara filem itu, Adrian Teh: "Saya hanya ikut arahan pengarah yang mahu babak tidak berbaju bagi memantapkan jalan cerita".

Mengulas babak aksi dalam filem itu, kata Hairul, dia tidak serik walaupun ligamen kaki kanannya terkoyak ketika penggambaran: "Saya pernah cedera dalam filem Paskal tetapi kecederaan ketika menjayakan filem 'Wira' paling teruk setakat ini. Namun, tak mengapa kerana 'Wira' karya aksi yang saya impikan selama ini".

Klik untuk gambar besar


Hairul turut menzahirkan rasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan pengarah lagak ngeri terkenal Indonesia yang pernah membintangi filem John Wick, Yayan Ruhian: "Saya bayangkan diri ini seperti Keanu Reeves yang berdiri di samping Yayan dalam filem hollywood itu. Yayan sangat bagus dan banyak beri tunjuk ajar ketika babak aksi. Malah, dia sangat merendah diri meski sangat terkenal".

Filem 'Wira' menggabungkan barisan pelakon dari Malaysia dan Indonesia seperti Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian, Ismi Melinda, Dain Said, Hilal Azman dan Josiah Hogan. Filem yang menyaksikan kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios itu akan menemui penonton bermula 21 November ini.

Apa pun, tidak mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang tegap dan kalau tayang pun tidak salah, lagipun itulah juga antara sebab mengapa Hairul laris berlakon dalam filem aksi. Mungkin boleh jadi inspirasi untuk orang ramai di luar sana untuk buat badan agar lebih 'sado'.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hairul Azreen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: