13 November 2019

TUNANG AKUI HUBUNGAN DENGAN INTAN NAJUWA MASIH SEPERTI BIASA


"Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami," demikian jelas tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli yang enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai Intan yang bertindak memadam beberapa foto mereka di laman Instagram.





Razrul ketika dihubungi berkata, di Instagram milik pelakon drama 'Setelah Ku Dimiliki' itu masih ada foto dia bersama Intan. Razrul sehingga kini masih enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai foto Intan bersama pelakon Zul Ariffin yang mengundang kontroversi baru-baru ini: "Berkenaan gambar itu saya tak mahu komen. Nanti keadaan jadi lebih buruk. Harap faham, terima kasih".

Tindakan Intan memadam foto dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram tunangnya mencetuskan pelbagai spekulasi. Ramai yang tertanya- tanya apakah status hubungan pasangan ini, adakah sedang bergolak gara-gara foto kontroversi Intan bermesra dengan Zul.

Sebelum ini, tular beberapa gambar mesra Intan dan Zul yang berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut. Dapat lihat Intan didukung Zul dalam keadaan mengghairahkan ibarat pasangan bercinta 'lemas' dalam asmara. Setakat ini, Intan dan Zul masih lagi mengunci mulut dan tiada kenyataan lanjut berhubung foto berkenaan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: