12 November 2019

TARIKH 11.11 - AMAR & AMYRA SAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-3


Tanggal 11 November 2016 (11.11.16) merupakan tarikh dimana pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli disatukan sebagai suami isteri. Pada hari semalam, Amar dan Amyra telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga dengan menikmati makan malam romantik (candle light dinner) di sebuah resort di Pulau Pinang.





"11.11.19 - HAPPY 3rd ANNIVERSARY sayangku @aamyrarosli. Alhamdulillah, Subhanallah... Syukur pada Mu Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti...

"Ya Allah, kami mohon pada Mu, berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna. #Amyramar #3rdAnniversary," kata Amar di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


"Ya Allah... Kami bersyukur kepadaMu yg telah memanjangkan jodoh kami sehingga kesaat ini. Kekalkanlah nikmatMu ini keatas kami & jadikanlah kami berdua suami isteri di dunia & akhirat... Love u syg @amarbaharin.. #Amyramar #3rdAnniversary #11112019 #11112016," tulis Amyra pula yang meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga kecil yang bahagia.

Tidak hanya berdua, permata sulung pasangan ini iaitu Aqeef Anaqi (2 tahun) turut sama menghiburkan dalam meraikan ulang tahun tersebut. Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang hamil anak kedua yang berusia 24 minggu. Imbas kembali, Amar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran pula RM50,000. Pasangan yang sama-sama berlakon dalam drama 'Cemburu Seorang Isteri' ini bernikah pada 11 November 2016 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Amar Baharin, Amyra Rosli & Aqeef Anaqi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: