15 November 2019

AL-FATIHAH - PEMILIK SUARA 'AKI' (PADA ZAMAN DAHULU) DIJEMPUT ILAHI


Cerita animasi bertajuk 'Pada Zaman Dahulu', berkisar mengenai Aki (atuk) yang sering bercerita mengenai kisah teladan kepada dua orang cucunya iaitu Akis dan Ara dan pelbagai nilai murni dapat dipelajari oleh kanak-kanak, pasti ramai yang menonton dan menyukainya.





Namun, baru-baru ini satu berita yang mendukacitakan diterima daripada pihak produksi Les' Copaque Production Sdn Bhd yang memaklumkan bahawa pelakon suara untuk watak 'Aki' iaitu Dato Alias Lazan disahkan meninggal dunia Subuh pagi tadi.

Berita tersebut dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi pihak produksi berkenaan. Arwah juga sebelum ini merupakan pelakon suara untuk 'Pak Mail' dalam Filem 'GENG : Pengembaraan Bermula'. Tetapi suaranya lebih dikenali sebagai watak 'Aki' dalam animasi 'Pada Zaman Dahulu'.

Klik untuk gambar besar


Selain Les' Copaque Production, berita sedih tersebut turut dikongsikan anak Dato Alias, Lynda Alias di Facebook. Menurut Lynda, bapanya meninggal dunia pada waktu subuh pagi tadi di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Menerusi perkongsian tersebut, Lyda turut menzahirkan doa buat arwah ayahnya agar arwah ditempatkan bersama para solihin.

Sudah semestinya, kehilangan Dato Alias cukup dirasai oleh pihak produksi Les' Copaque dan juga peminat animasi 'Pada Zaman Dahulu'. Melihat pada ruangan komen, dibanjiri dengan ucapan takziah serta doa, mengharapkan agar roh arwah ditempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman.




www.myartis.com / Sumber: Les' Copaque Production Sdn. Bhd.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: