15 November 2019

SHARNAAZ: "MASIH MEMELIHARA AIB WALAUPUN DIRI DILONDEH DENGAN FITNAH..."


Umum mengetahui mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini sedang menghadapi isu rumah tangga bersama isterinya, Noor Nabila Mohd Noor beberapa bulan lalu. Lalu pelbagai spekulasi dibuat netizen berkenaan hal terbabit.





Bagaimanapun, keduanya dilihat cukup tenang dalam menghadapi situasi yang berlaku ketika ini. Terbaru, Sharnaaz ada menulis satu twit meluahkan perasaan kecewa di laman media sosial Twitter miliknya. Di samping itu, suami kepada kakak pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa itu memberi gambaran bahawa dirinya seakan-akan telah difitnah.

"Masih memelihara aib walaupun diri dilondeh bogel dgn fitnah.. sempena hari Jumaat yg mulia.. bukak lah pintu kebangkitan dan bukak lah benak otak dan hati yg direndam dgn kebencian oleh syaitan syaitan bertopengkan atas dasar agama," tulis Sharnaaz.

Dalam pada itu, peminat turut memberi semangat kepada pelakon berusia 34 tahun itu untuk terus tabah dan cekal mengharungi ujian hidup. Pun begitu, tidak dapat dipastikan status berkenaan dituju kepada mana-mana pihak. Apa pun, semoga semua urusan Sharnaaz dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & / Twitter Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: