15 November 2019

SERTAI 'RARE' - AJAK SHIRO NAFI BERGADUH DENGAN SHAHROL


"Macam manalah boleh timbu isu saya dan Shahrol bergaduh? Adakah sebab Shiro tidak bertanding di pentas MLM 2019? Tak ada apa-apa yang berlaku di antara kami dan semuanya baik-baik sahaja. Jangan buat tanggapan bukan-bukan hanya kerana Shiro tidak di sini (MLM 2019). Walaupun Shahrol tidak bersama saya di sini (MLM 2019), semangat dia sentiasa bersama saya.





"Insya-Allah kalau ada rezeki Shiro, mungkin kita akan bertemu dalam program-program lain atau acara lain nanti," kata pelawak Ajak yang juga anggota kumpulan Shiro, yang menafikan dakwaan bergaduh dengan Shahrol punca dia menyertai kumpulan 'Rare' di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 bersama Ropie dan Pak Ya.

Ajak menganggap dakwaan tersebut sebagai tidak berasas kerana penyertaannya di MLM 2019 bersama 'Rare' adalah atas kehendak sendiri. Tambah Ajak, keputusannya menyertai 'Rare' adalah kerana ingin menimba pengalaman bersama dua pelawak berpengalaman seperti Ropie dan Pak Ya.

"Dalam bidang lawak ini, perjalanan saya masih jauh. Saya sangat berbesar hati apabila Ropie dan Pak Ya sudi bergabung, saya mahu belajar daripada mereka. Mereka pelawak senior dan sudah banyak pengalaman. Saya juga nak tahu rahsia mereka kekal relevan dalam bidang ini sehingga sekarang," ujarnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: