15 November 2019
"FAT TRANSFER SIS..... FAT DARI PEHA I... LETAK KAT SMILE LINE.." - SAJAT
Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat telah berkongsikan foto serta video dirinya dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan. Melihat pada video tersebut, Sajat diberikan suntikan bius sebelum menjalani pembedahan di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Naluri, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Sajat tidak berkongsikan pembedahan apa yang dilakukannya. Ini kapsyen pada entri yang dimuatnaik Sajat: "Time to operation.. Tq docter azriq...". Namun menerusi muatnaik terbaru, muka Sajat kelihatan agak bengkak: "Day 1... No filter... gitew!!!".
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya pembedahan apa yang dilakukan olehnya. Dalam pada itu, ramai yang telah mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan urusan. Pada masa sama, netizen mula spekulasi yang Sajat sebenarnya nak buat pembedahan plastik di bahagian wajahnya.
Enggan ia terus menjadi tanda tanya, Sajat telah tampil menjelaskan dia sedang melakukan proses 'fat tranfers' iaitu dengan menggunakan lemak dari peha dan letakkan di bahagian 'smile line' di pipinya: "Fat transfer sis.. umur dah 34 thn... dokter kata jgn guna filter, better using I sendiri untuk my smile line.. that all.. Fat dari peha I, letak kat bahagian smile line.. itu jer"," kata Sajat.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Murai.my, Instagram Nur Sajat & Lobak Merah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment