16 November 2019

BILA ALMY NADIA DEDAH FIZZ FAIRUZ TAK ADA 'JOB' HAMPIR 3 BULAN


Umum mengetahui mengenai pelakon Datuk Fizz Fairuz baru saja memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini. Namun begitu, isteri Fizz yang juga pelakon, Datin Almy Nadia mendedahkan suaminya itu sudah hampir tiga bulan tidak menerima tawaran berlakon.





Perkara itu diluahkan oleh Almy atau nama penuhnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 33, menerusi Instagram miliknya. Menurut Almy mungkin ada pihak produksi menyangkakan suaminya terlalu sibuk dan beranggapan Fizz meletakkan bayaran mahal selepas menang anugerah: "Bila dah 2 bulan tak ada job, muka ketat.... org bajet dia busy, Fizz busy, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk.. hahahahahahahah sedangkan dah dok umah nak masuk bulan ker 3 tak ada shooting.

Bahkan, Almy turut mengakui tawaran berlakon akan menjadi semakin sukar diperolehi lebih-lebih lagi apabila sudah memenangi anugerah kerana produksi bimbang mengenai bayaranz; "Semua takut nak ambil dan semua cakap mesti sibuk lepas tu dah menang mesti mahal. Sabar je lah, rezeki ada Insya-Allah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian status Almy itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan artis lain. Rata-rata mereka menyifatkan itulah lumrah sebagai seorang anak seni yang mungkin ramai tidak tahu di luar sana. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mengatakan rugi jika pihak produksi tidak mengambil Fizz berlakon kerana beliau seorang yang berbakat besar. Malah, netizen mendoakan agar Fizz sekeluarga dikurniakan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian Jasmin Hamid dan pelakon Nad Zainal yang mengatakan selepas menang anugerah ramai yang takut nak ambil berlakon, namun tetap memberikan kata positif pasti akan ada tawaran selepas ini: "Bertabahlah wahai hati. Inilah nasib anak-anak seni Malaysia. Semuanya indah khabar dari rupa. Bayaran yang paling rendah untuk hasil seni kalau nak dibandingkan dengan negara luar sebab pasaran Malaysia sangat terhad. Apapun tetap bersyukur sebab masih ada rezeki di atas meja untuk keluarga," kata aktres Jasmin Hamid di ruangan komen.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3 dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia 11 bulan. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 10.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: