15 November 2019

AMYZA AZNAN: 'MACAM NI LAYANAN UNTUK ARTIS SENDU... FOLLOWERS SENDU"


"Jangan cakap artis tak bagi komitmen, aku mual layan kerenah macam ni. Macamn ni layanan untuk artis sendu macam aku, followers sendu. Artis yang harga boleh cincang, artis yang boleh gelak-gelak tepuk tampar. Bila kau friendly dah tak class. Followers 300,000 harga boleh cincai. Cincai sebab kau artis lama," demikianlah tulis pelakon Amyza Aznan yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir produksi yang tidak adil dalam membuat bayaran kepada pelakon.





Amyza, 43, berkata, dia menerima layanan yang tidak sepatutnya darpada pihak produksi yang sering memberi keutamaan kepada artis abahru dan mempunyai pengikut ramai. Amyza memuatnaik status pelakon Azhan Rani berkaitan bayaran gajinya yang masih tidak dilunaskan pihak produksi.

Azhan menerusi posting di Facebook itu meluahkan pendapat tentang segelintir penerbit drama yang tidak bersikap profesional: "Yang sedih jadi pelakon ni bila dah berbelas tahun kau berlakon, kerja dah selesai masih nak kena tanya bila payment kau nak dibayar. Terima kasih buat producer yang profesional dan terima kasih juga buat producer yang acah-acah profesioal. Maaf, saya tak pandai mengipas... yang salah tetap salah".

Sementara itu, Azhan turut menasihat Amyza supaya tidak mengeluarkan kenyataan di media sosial bagi mengelakkan dilabel 'artis kekwat' oleh netizen: "Mu baru dapat award best actress kot. Mu up pasal ni mu kena macam aku la. Artis kekwat. Ni zaman artis dengan kru saja kot yang kena ikut jadual. Tapi bab bayaran kena ikut mood dia orang. Sedih tapi benar. Cuma tak semua yang macam ni. Aku doakan rezeki mu Allah lipat gandakan".

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: