15 November 2019

BILA ZIZIE IZETTE TUNJUK BUKTI TAK PROPA BELI BAJU ANAK RM10


Pelakon Zizie Izette sebelum ini ada memaklumkan dirinya praktikal dan tidak kisah andai anak-anak mengenakan pakaian tidak berjenama asalkan cantik di mata menerusi laman Instagram miliknya. Kongsi, dia juga tidak bersikap cerewet dalam pemilihan baju untuk anak dan dirinya.





Terkini, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu menunjukkan bukti dirinya tidak propa dan berkata dia pernah memberli baju untuk anaknya yang bernilai RM10: "So guys, I just want to share with u kedai murah yg I belikan utk anak2 dan pernah dipakai pun dlm post2 saya di IG sebelum ni. Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall level 2. Semurah RM10!!! Saya x propa tau bila saya kata anak2 mmg ada pakai baju RM10. #ilovebeingreal #honestyisthebestpolicy".

Dalam pada itu, rata-rata peminat kagum dengan sikap rendah diri pelakon berusia 40 tahun terbabit. Untuk makluman, Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar lelaki bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.

Kemudian, Zizie dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette yang dilahirkan 1 Mac lalu. Selain itu, pasangan ini juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Zizie Izette


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: