15 November 2019

"SEDEKAH KECIL SAYA" - DIANA RAFAR AKUI PUAS BUAT 'REVIEW' MAKANAN


Mengakui puas apabila dapat membuat 'review' makanan secara jujur tanpa berselindung demi menjaga hati peniaga, penyanyi dan pelakon, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 37, berkata, dia juga bukan jenis yang berkira dengan mengenakan caj.





Tindakan Diana itu mendapat pujian ramai selepas dia memuat naik video makan di sebuah restoran di TTDI Jaya, Shah Alam hingga tular dan menjadi sebutan ramai: "Pada mulanya, suami, Zamarul yang pergi makan dulu di Restoran Dulang Raja, TTDI Jaya, Shah Alam. Saya tengok saja daripada Instagram (IG). Disebabkan teringin, saya pergi sendiri.

"Saya pesan Nasi Lemak Strawberi. Ia berwarna merah jambu, ada strawberi dan sotong besar. Sambil makan, saya buat 'review'. Tiada siapa yang suruh pun sebab saya memang nak cuba. Ternyata ia memang sedap. Saya buat dengan niat yang ikhlas untuk bantu peniaga Melayu. Dalam masa sama, pengikut di IG boleh datang dan cuba sendiri," katanya.

Klik untuk gambar besar


Diana berkata, sejak itu dia menjadikan restoran berkenaan sebagai pilihannya bersama keluarga: "Boleh dikatakan setiap hari saya pergi makan situ. Setiap kali makan, saya akan buat 'review'. Apa yang menarik, setiap menu diberi nama pelik. Sedikit sebanyak ia menarik perhatian saya.

"Saya tahu orang kita kalau bab makan dan menu itu nama pelik sikit, pasti ramai nak cuba. Alhamdulillah, ramai yang memberikan maklum balas di IG. Lebih menggembirakan saya apabila pemilik restoran memaklumkan pendapatan mencecah lebih RM20,000 sehari. Saya puas apabila dapat buat ini kerana bukan saja dapat berkongsi makanan yang sedap, tapi dalam masa sama ini sebahagian daripada sedekah kecil saya," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Linda rafar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: