15 November 2019

DIBANDINGKAN DENGAN ALIF SATAR: "MASING-MASING ADA KEUNIKAN MENGACARA" - NABIL


"Saya tak boleh jadi Alif dan dia tak boleh jadi saya. Itu kehebatan dan perbezaan hos masing-masing. Alif ada cara dia, kalau saya jadi macam dia orang akan kata saya propa. Saya dah buat GV selama enam tahun dan takkan tiba-tiba saya nak ubah menjadi Alif? Alif pula kalau cuba jadi saya dan lawak tu tak sampai, apa pula kesannya pada dia?





"Jadi, masing-masing ada keunikan mengacara sesebuah rancangan dan saya akan terus buat perangai saya mengikut terma dan syarat rancangan itu sendiri," ujar pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang tidak tersinggung apabila ada pihak membandingkan dirinya dengan pengacara, Alif Satar.

Nabil yang sering dikritik dan dikatakan berlebihan mengenai cara pengacaraannya itu berkata masing-masing punyai kelebihan dan cara pengacaraan mereka tersendiri. Malah katanya lagi, tidak mungkin dia boleh menjadi seperti Alif Satar dan begitu juga Alif yang tidak boleh menjadi seperti dirinya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nabil berkata dia terbuka menerima kritikan dan penonton berhak mengemukakan pendapat mahupun cadangan mengenai cara pengacaraannya: "Saya okey saja apabila ada yang mengkritik saya mengacara dan saya menghormati pendapat orang. Oleh kerana GV sebuah rancangan televisyen, masing-masing ada pendapat dan kemahuan sendiri".

Sebenarnya isu ini agak subjektif kerana ia bergantung kepada penerimaan masing-masing. Tidak boleh terlalu membuat perbandingan kerana baik Alif mahupun Nabil mereka mempunyai cara yang berbeza untuk menarik minat penonton.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: