15 November 2019

ALIFF AZIZ MUATNAIK KATA-KATA 'DEEP': "PAHALA DARI ORANG MENGUMPAT..."


Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sering dilanda kontroversi satu demi satu menghimpit dirinya. Bermula daripada isu curang sehinggalah yang terbaru dimana dia ditangkap polis Singapura kerana bergaduh serta mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk. Tidak dinafikan apa yang berlaku membuatkan Aliff dikecam teruk oleh netizen dan ada yang berkata sikapnya itu tidak pernah akan berubah.





Sering dilemparkan dengan kata-kata negatif, Aliff menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya berkongsi kata-kata mengenai sikap orang yang suka mengumpat dan mengata. Muatnaik itu berkait rapat dengan isu yang sedang berlegar dalam kehidupannya kini.

"Di akhirat kelak, seseorang akan terkejut melihat dia ada amalan kebaikan sedagkan dia tidak pernah melakukannya ketika di dunia. Makan dia pun bertanya "Wahai Tuhanku, dari manakah datang kebaikan sebanyak ini, sedang aku tidak pernah melakukannya?". Maka Allah menjawab "Itu ialah pahala dari orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui"," kata-kata yang dimuatnaik Aliff.

Terdahulu, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap. Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road pada Ahad lalu. Ketika diarahkan untuk bertenang, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan dalam keadaan mabuk.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: