15 November 2019

ELFIRA KONGSI PENGALAMAN: "12 JAM TUNGGU 'DILATION... I HOLD ON TO THIS SURAH"


"Cerita ringkasan labour haritu: 24 hours of labor contraction at home (every 5 mins) 6 jam berada di bilik hospital, 12 jam di bilik bersalin menunggu untuk dilation. 30 mins of labor . Ia tidak mudah. But Alhamdulillah, Terima kasih Allah untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.





"Kerana itu, saya masih ingat surah yang saya buka dan membuat saya lebih kuat untuk mengharungi kesakitan. Surah Al Baqarah, Ayat 45: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

"I survived because I hold on to this surah. Berpegang kuat padanya, memohon pertolongan Allah. Sometimes, you'll find something good, something better thru pain. Sama macam melahirkan anak, sakit. Tapi bila melihat kebesaran Allah, hilanglah sakit," demikian tulis pelakon Elfira Loy yang berkongsi pengalaman melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu.

Menurut Elfira ia bukan satu proses yang memudahkan namun bersyukur kerana diberi peluang untuk mengecapi memori tersebut. Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy turut berkongsi petikan surah yang menjadi pegangannya dalam kehidupan. Untuk makluman, Elfira dan suami Muhamad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elfira loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: