15 November 2019

"SAYA TAK BERANI SAHKAN..." DATUK RED BERSYUKUR KALAU ADIRA TARIK BALIK


Mengenai desas-desus keputusan isterinya, penyanyi Adira Suhaimi yang didakwa menarik balik permohonan cerai, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red memberitahu dia sudah tentu bersyukur jika Adira benar-benar lakukannya.





"Kalau ditanya mengenai keputusan Adira yang berhasrat menarik balik permohonan cerai, sudah tentu saya bersyukur. Selepas prosiding mahkamah tempoh hari, kami saling bermuhasabah. Selepas berbincang, rasanya ini adalah keputusan terbaik, tambahan pula anak kami masih kecil. Kami tidak mahu anak membesar tanpa mengenali bapa mereka.

Datuk Red terlebih dahulu berkongsi muatnaik tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai Adira bersama seorang wanita dikenali sebagai Fira menerusi InstaStory, pagi semalam. Dalam perbualan itu, Adira dikatakan memberitahu Fira, dia berhasrat menarik balik permohonan perceraian demi tiga anaknya.

Klik untuk gambar besar


Adnan yang ada bersama Adira ketika dihubungi petang semalam, mengakui tangkap layar itu dihantar sendiri oleh penyanyi itu: "Saya tidak berani mengesahkan perkara itu, tetapi apa yang boleh saya katakan, Adira sendiri yang menghantar tangkap layar perbualan dengan peguamnya itu," tutur Datuk Red yang turut berkata hubungannya dengan Adira masih baik dan tidak pernah tinggal berasingan selepas prosiding mahkamah.

Penyanyi berusia 28 tahun itu memfailkan perceraian terhadap Adnan, 49, pada 1 April lalu, tetapi permohonan itu dibantah ahli perniagaan terbabit. Pada 9 Oktober lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat bagi perbicaraan permohonan cerai.

Hakim Mohd Faizal Habib bagaimanapun, menetapkan 17 Disember ini sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian itu. Adnan dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 2; Assan, 1 tahun dua bulan dan Anggun, tiga bulan.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: