14 November 2019

"MEREKA TAK RETI NAK RESPEK" - WARIS TAK TAHAN, MAHU TUKAR NAMA


"Saya nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada semua orang jika saya pernah lakukan kesilapan, tak pernah bagi ambil gambar atau pun pernah tercakap benda yang buruk atau terlukakan hati korang semua. Saya rasa dah tak tahan. Minta maaf, saya nak berhenti. Saya nak berhenti menggunakan nama Waris.





"Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil saya dengan nama Jolobak Ko Jolobu (lirik lagi 'Gadis Jolobu')," demikianlah kata penyanyi rap, Muzammil Alias yang mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan nama komersial itu selepas lapan tahun dikenali sebagai Waris.

Waris, 30, berkata, sepanjang menggunakan nama itu, dia berasa kurang dihormati oleh segelintir masyarakat. Waris mendedahkan perkara itu menerusi sebuah video berdurasi satu minit yang dimuatnaik di laman sosial pada malam Rabu.

Klik untuk gambar besar


Tambah Waris, dia turut meminta pendapat pengikut di media sosial untuk menyumbangkan idea bagi nama baharu yang sesuai untuk digunakan: "Kalau korang ada idea nama apa yang patut saya tukar, boleh komen. Saya dah tak nak orang panggil saya dengan gelaran Waris, Jolobak Ko Jolobu, pun saya tak mahu".

Rata-rata netizen menasihatkan penyanyi lagu 'Gadis Jolobu' itu untuk mengekalkan nama komersialnya menerusi ruangan komen: "Lah nama Waris ok da tu... Kenapa pula nak tukar." - "Tak payah tukar nama tu... guna saja nama Waris tu. Sebab nama Waris tu la ada lagu loghat negeri sembilan yang melonjakkan nama Waris dalam industri seni ni," komen beberapa netizen.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Waris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: