04 November 2019

ANAK TERIMA DIPLOMA - SHARIFAH SHAHIRAH BANGGA, RESTU JADI ARTIS


"Banyak lagi kerja nak buat lepas grad ni. Ko joget laa kat boss korang esok. Mampu kerja keras. Kerja ..jujur..rajin.

"Mak kamu doakan jumpa orang positif. Nak nasihat mak ko pun berjoget lagi. Bye," Kongsi pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah apabila anak sulungnya, Allisya Tahir berjaya menggenggam diploma dalam jurusan Pengajian Komunikasi dan Media, semalam.





"Meskipun hanya pada peringkat diploma, saya berbangga dengan pencapaian Allisya yang kini bekerja mengendalikan media sosial di sebuah agensi.

"Buat masa ini, Allisya belum mempunyai sebarang perancangan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Saya juga tidak mahu memaksanya dan kalau boleh, biar keinginan itu datang dari hatinya sendiri," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, katanya Jatt berada di ibu negara selama tiga hari kerana terikat dengan sesi latihan dan persembahan untuk siaran langsung Gegar Vaganza musim keenam.

"Apabila Allisya memberitahu ingin mengabadikan kenangan manis itu bersama ayahnya, saya bergegas membawanya ke tempat latihan Jatt," ujarnya.

Mengenai bakat anaknya itu di laman sosial, katanya dia akur sekiranya anaknya itu berminat dalam bidang seni.

"Allisya sudah merakamkan single pertama ciptaan Sharon Paul pada Ramadan lalu, namun belum sempat dilancarkan kerana kekangan masa.

"Saya restu apa yang dilakukan Allisya kerana percaya bakat harus dikongsi. Saya juga orang seni, jadi terpulang kepada Allisya untuk memilih kerjaya mengikut minatnya," jelasnya lagi mengenai anak hasil perkahwinan pertama dengan vokalis Black Dog Bone itu..

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: