04 November 2019
"BA BANGGA....." - SHARNAAZ SEDIH TAK DAPAT LIHAT PERKEMBANGAN JEBAT
"Perkara yang saya tak lihat dengan mataku... Tidak lama lagi, boy. Ba bangga dengan awak," demikian tulis pelakon Sharnaaz Ahmad yang meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden.
Menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan dengan matanya sendiri. Menerusi laman Twitter, pelakon drama 'Lelakimu Yang Dulu' itu meninggalkan komen di ruangan foto Jebat yang telah dihantarkan kepadanya oleh netizen.
Komen tersebut mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata turut bersimpati dengan keadaan Sharnaaz. Pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu.
Klik untuk gambar besar
Kemudian pada 11 September, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharnaaz Ahmad
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment