12 November 2019

ANNIVERSARY KE-2 - RAF NAK TANGGUH, MAWAR MAHU TERUSKAN MESKIPUN SAKIT


Menerusi laman Instagram, pelakon Raf Yaakob memberitahu dia mahu menangguhkan majlis ulang tahun perkahwinan yang kedua kerana bimbang keadaan pelakon Mawar Rashid namun isterinya itu memintanya untuk meneruskan sahaja apa yang sudah dirancang. Raf dalam sama mendedahkan bahawa dia terpaksa meraikan majlis ulang tahun perkahwinan kedua mereka dalam keadaan kesihatan Mawar yang tidak berapa mengizinkan.





"Raf rasa nak tangguhkan sahaja makan malam sempena ulang tahun perkahwinan kami, tetapi Mawar kata teruskan sahaja. Jadi, ni lah gamba dah habis makan malam diambil dalam lif ketika perjalanan nak ke kereta. Mawar dah tak bermaya habis. Badan panas dan hidung berair tak henti kerana sinus. Jalan pun sambil tutup mata sebab kepala pening rasa nak pitam. Sian anje," tulisnya di Instagram semalam.

Raf turut berkongsi video sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang disambut pada 9 November. Kongsi Raf lagi, walaupun keadaan kesihatannya tidak berapa baik, Mawar tetap komited melunaskan kerjanya yang kini terikat dengan penggambaran drama bagi saluran Astro Ria.

Klik untuk gambar besar


"Hari ni genap tiga minggu dah Mawar shoot drama TQ Captain! Keluar pagi, kadang jam 7 pagi kadang 8 pagi. Habis pulak kadang 11 malam kadang 2 ke 3 pagi. Demam-demam pun kat set Mawar masih bertenaga dan penuh dengan positiviti. Itulah wanita dalam hidup saya. Seorang yang kuat.

"Minggu depan nak ada babak di atas laut pula. Harapnya awak sempat sembuh. Tapi, tak perlu bimbang, saya akan berada di sana, setia menemani anje seperti biasa. Sambil abang teman, sambil abang pun 'kerja' sekali," ceritanya yang berkahwin dengan Mawar pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia lapan bulan.














www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Raf Yaakob & Mawar Rashid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: