12 November 2019

"TAK MAHU KAITKAN MISTIK... NAK NAFIKAN TAK BOLEH.. MEMANG SAKIT" - SABHI SADDI


"Apa yang pelik, bermula Jumaat lalu sewaktu menjalani latihan di atas pentas GV6 tiba-tiba saya sakit belakang. Bagaimanapun rasa sakit itu berkurang apabila saya meninggalkan pentas. Keadaan semakin teruk ketika raptai penuh Sabtu lalu. Saya langsung tidak boleh bergerak, tubuh rasa kejang dan kaku.





"Mujur ketika itu ada suami Norshila Amin membantu. Selepas itu saya terus boleh berdiri dan menjalani latihan seperti biasa. Entahlah, susah untuk saya jelaskan apa yang berlaku. Kalau boleh saya tidak mahu kaitkan apa yang berlaku ini ada kaitan dengan perkara mistik.

"Namun, nak nafikan pun tak boleh sebab badan saya memang sakit," demikian ujar anggota kumpulan One Nation Emcee yang juga pelakon iaitu Sabhi Sadhi yang diserang penyakit misteri apabila tidak dapat mengawal pergerakan dan kebas satu badan sehingga terhantuk kepala sewaktu beraksi di konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6), malam Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar


Sebaik diumumkan layak ke minggu seterusnya, Sabhi tidak dapat berdiri dan hanya mampu duduk di atas kerusi yang disediakan di atas pentas. Sabhi ketika ditemubual sebaik acara selesai berkata, dia ada masalah cakera tergelincir (slipped disc) tetapi ia berlaku lapan tahun lalu.

Menurut Sabhi, suami Norshila ada pengalaman mengubati penyakit misteri membaca ayat suci al-Quran sambil menekan kedua belah ibu jari kakinya. Jelas Sabhi lagi, sebaik raptai habis dia bergegas ke hospital untuk melakukan pemeriksaan namun pegawai perubatan bertugas mengesahkan dia sihat dan tiada simptom cakera tergelincir.

Sakit itu bagaimanapun kembali dirasai apabila dia mengadakan persembahan semalam. Disebabkan itu, Sabhi tidak dalam mengawal pergerakan di akhir persembahan hingga badannya jatuh terhempas ke lantai dan kepalanya terhantuk kuat.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sabhi Saddi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: