30 November 2019

"BANYAK MENGECAM ORANG MALAYSIA.... TAK BUAT SILAP PUN KECAM" - BABY SHIMA


Penyanyi Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, ini berkata, kebanyakkan yang mengecam dirinya adalah orang Malaysia dan amat berbeza di Indonesia apabila peminatnya banyak menulis komen-komen berbentuk positif dan memberi semangat supaya berjaya dalam bidang nyanyian.





"Kalau tengok dari segi komen di YouTube atau Instagram, yang banyak mengecam saya adalah orang Malaysia. Mereka banyak mendoakan yang baik-baik untuk saya. Tapi masyarakat Malaysia, kadang-kadang saya tak buat silap pun pasti ada segelintir pihak yang mengecam.

"Boleh tengok sendiri di laman sosial kebanyakan yang kecam saya adalah orang kita sendiri. Pernah juga saya terima komen lucah dan itu semua daripada masyarakat tempatan. Itu yang buat saya bertindak membuat laporan polis sebelum ini. Saya perlu jadikan ini sebagai pengajaran kepada golongan tak bertanggungjawab terbabit," katanya.

Shima yang memilih mengembangkan karier nyanyian di Indonesia berkata, apa yang berlaku menjadikan dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati setiap kali menggunakan platform media sosial: "Saya lebih suka promosikan persembahan dan produk. Biarlah saya utamakan karier. Boleh dikatakan lama juga saya dalam industri hiburan dan tahu betapa susahnya untuk mencipta nama.

Klik untuk gambar besar


"Jadi, saya nak fokus pada karier dan takkan sesekali berkongsi cerita peribadi. Saya seorang penyanyi dan peminat hanya perlu tahu berkenaan karier saya. Biarlah mereka lihat bakat saya. Saya masih mempunyai kontrak selama dua tahun dengan Nagaswara Indonesia dan setakat ini karier di sana berjalan lancar," ujarnya.

Dia yang popular dengan lagu 'Makan Hati' ciptaan Yogi berkata, peminat Indonesia yang mengikutinya di Instagram amat ramai: "Saya pun tertanya-tanya juga apa yang buat mereka tertarik dengan saya. Kita tak tahu orang sukakan kita sebab apa. Mungkin saya perlu bertanya peminat sendiri apabila bertemu mereka,” katanya.

Di Malaysia, penyanyi ini tidak bernaung dibawah mana-mana syarikat rakaman, namun terbabit dalam projek khas berduet dengan kumpulan Floor 88 menerusi lagu 'Roadblock Hatiku' serta tampil dengan single berjudul 'Pura Pura Bujang' ciptaan Ezra Kong dan lirik Mimi ONE di bawah syarikat rakaman MVM Music.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Baby Shima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: