30 November 2019

SAIZ AMENG DITEGUR: "SALAH KE BERISI... KURUS CAKAP AMBIL BARANG....." - ISTERI


"Sebelum ini ramai juga yang tegur kata Ameng semakin gemuk... cumanya kali ini apabila ada seseorang memulakan perbualan di mesej menegur mengenai saiz badan Ameng, saya rasa ianya sesuatu perkara yang agak sensitif. Dia dan saya tak kenal rapat jadi rasanya ayat yang digunakan agak kurang sopan dan tidak beradab... dia mesej dan tegur mengenai saiz badan itu semata-mata nak suruh Ameng sertai perniagaan untuk kuruskan badan.





"Saya tak menafikan tentang saiz badan Ameng, tapi sikap segelintir orang yang menjadikan saiz badan sebagai topik perbualan seperti tidak pandai nak menjaga hati orang lain. Salah ke kalau badan dia berisi, nanti kalau kurus orang cakap ambil barang terlarang pula!," kata isteri kepada penyanyi Ameng Spring, Sabariah Zakaria yang meluahkan rasa bengang apabila terdapat individu menegur saiz badan suaminya yang dikatakan semakin berisi atau gemuk.

Menurut Sabariah, dia berasa kurang senang menerima mesej daripada individu yang mempersoalkan tentang fizikal Ameng dengan tujuan berkaitan perniagaan produk kurus. Pada Jumaat lalu, Sabariah menerusi laman Facebook menulis luahan rasa kurang senang apabila orang sekeliling mempersoalkan mengenai saiz fizikal tubuh suaminya yang semakin berisi.

"Teguran sedemikian boleh buat empunya badan tertekan, saya tahu dia dah cuba kawal pemakanan dia tapi tidak terlalu obses nak kurus macam zaman muda-muda dulu. Dia pun dah letih dengar orang cakap dia gemuk, dia dah cuba macam-macam sebelum ni sampai satu tahap... ianya memenatkan nak jaga mulut-mulut orang ni dan dia belum lagi sampai tahap nak jumpa doktor.

Klik untuk gambar besar


"Lumrahlah, bila kita dah berumur metabolisma kurang, kita akan cepat berisi. Tak apalah suami, siapa pun awak saya tak kisah apa orang cakap, cuma itulah kadang-kadang mereka ni kena sound juga!," tulis Sabariah.

Selepas menulis status tersebut, Sabariah berkata dia menerima banayak mesej peribadi daripada kenalan yang memohon maaf jika pernah menyentuh mengenai perkara itu. Tanpa menyimpan dendam di hati, dia memberitahu perkongsiannya di laman sosial itu hanayalah sekadar luahan yang telah lama terpedam.

"Lepas saya tulis status tu ramai pula mesej minta maaf kalau ada tersalah cakap sebelum ini... saya bukan meleting atau marah cuma rasanya perlu ditegur tindakan mereka itu. Tak salah nak bergurau tapi kena tengok keadaan dan cara memulakan perbualan terlebih dahulu, bukan terus tegur mengenai saiz badan orang.

"Buat masa ini Ameng okay sahaja apa pun orang nak cakap tentang saiz badan dia, tapi sebagai manusia biasa mungkin hatinya ada tergores apabila selalu sangat topik saiz badan jadi perbualan. Bagi sya, dia sihat sudah memandai, Alhamdulillah! ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ameng Spring


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: