30 November 2019

HAFREEZ: "DUA TAHUN BERSAMA TAK ADA KACAU... BERTUNANG NI BUNYI-BUNYI PULA"


Mendedahkan ada individu yang cuba menganggu hubungan pertunangannya dengan aktres Zara Zya, pelakon Hafreez Adam, 29, bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai sebahagian cabaran dan ujian sepanjang melalui tempoh pertunangan.





"Betullah kata orang ada dugaan, sebenarnya agar pelik juga sepanjang dua tahun bersama sebelum ini tak ada orang kacau atau cucuk-cucuk kami, tapi lepas bertunang ni ada bunyi-bunyi pula. Sejujurnya sebelum ini tunang kami tak pernah gaduh, tapi lepas tunang ni ada lain sikit... tapi saya anggap ini semua dugaan, kalau kita terlalu fikirkan tentang hal ini memang akan menganggu.

"Bagi saya dalam fasa pertunangan ini komunikasi sangat penting, penjalanan kmi dah nak sampai ke penghujung, lainlah kalau sebelum tunang dulu kita mungkin boleh anggap hanya kawan sahaja," katanya yang mengikat tali pertunangan dengan Zara pada 12 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor.

Hafreez dan Zara dijangka akan mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan. Sebelum ini, Hafreez dan keluarga telah merisik Zara pada 8 September lalu. Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama 'Mona Lisa' pada 2017 itu pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, namun komitmen terhadap kerja membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Hafreez berkata kesibukan kerja dan kepadatan jadual penggambaran membuatkan dia dan Zara jarang bertemu: "Selepas bertunang kami baru berjumpa dua kali, tapi kalau ikutkan sebelum bertunang pun jarang jumpa.

"Kami pun agak sibuk di set penggambaran, kebiasaannya kami mesej melalui WhatSapp dan kalau ada majlis yang sama lebih senang nak jumpa. Tipulah kalau kata tak rindu, cumanya kami kena matang dalam hubungan dan ini bukannya bercinta macam budak sekolah, jadi saya letak dalam kepala bahawa apa yang kita buat ini untuk masa depan kami nanti," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafreez kini sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem 'Izrail Memanggil'. Selain Hafreez, pelakon yang turut membintangi telefilem arahan Zamri Zakaria ini ialah Tiz Zaqyah, Fauziah Nawi, Iswan Ismail dan Farhan Asri.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Hafreez Adam & Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: