10 November 2019

"BERANIKAN DIRI & REDA" - TAJUL DIMINTA ISTERI TEMAN MASA BERSALIN


"Semua dah lengkap, barang ibu dan anak semua saya dah beli. Insya-Allah dijangka hujung bulan ini isteri melahirkan cahaya mata pertama kami. Saya ada dapat pandangan daripada adik-beradik yang sudah berkahwin, macam mana nak jaga orang pantang, tentang pemakanan, apa yang perlu dibuat di hospital dan benda-benda asas lain.





"Sejujurnya, saya memang tak sabar nak tengok wajah baby tapi dalam masa sama rasa gementar. Iyalah tak ramai jadi bapa dalam usia muda," tutur penyanyi Tajul Ariff memberitahu dia sudah bersedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka pada bulan ini.

Selain menyediakan kelengkapan untuk ibu dan anak, Tajul berkata dia juga mendapatkan nasihat dan panduan daripada adik-beradiknya mengenai persediaan sebelum dan selepas kelahiran. Mengakui ia satu pengalaman baharu, Tajul berkata isterinya, Nurul Shamieza Eddie, turut membuat permintaan agar dia menemaninya ketika berada di bilik bersalin.

Klik untuk gambar besar


Justeru itu, penyanyi lagu 'Sedalam-dalam Rindu' ini berkata dia akan memberanikan diri menyaksikan sendiri proses kelahiran tersebut: "Isteri ada meminta saya untuk beri sokongan semasa di bilik bersalin... kita tengoklah macam mana, tak tahulah kalau muntah atau pengsan nanti.

"Kami tak pernah lagi lalui momen ini dan ia pasti satu detik yang sungguh bermakna, saya akan beranikan diri dan reda saja dalam bilik itu nanti. Tentang jantina bayi, kami hanya akan maklumkan selepas bayi lahir dan semoga semuanya dipermudahkan," katanya.

Pada Oktober lalu, Tajul atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza, 23, pada 10 Disember 2017. Tajul berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu kerana enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tajul Ariff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: