"I know I'm still in pantang but I couldn't miss it! Thank you so much for selecting me to receive this award this year. I am earnestly grateful of the recognition and extremely honored to be receiving such an important award.

"Thank you SEBA Awards 2019," demikian tulis pelakon Elfira Loy yang meluahkan teruja apabila diaugerahkan 'Celebrity Entrepreneur Of The Year' menerusi SME Entrepreneurship Business Award 2019 (SEBA 2019).
Elfira yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu menjelaskan walaupun masih dalam pantang namun dia bersyukur diberi pengiktirafan penting ini.
Walaupun masih berbaki lima hari untuk tamat pantang, netizen bagaimanapun memuji isteri kepada Muhamad Faris Khairol Anuar ini apabila tampil berseri dan cukup sopan menutup aurat. Untuk makluman, Elfira baru sahaja melahirkan anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Medai Hiburan & Instagram Elfira Loy
________________________

No comments:
Post a Comment