05 November 2019

BILA DANGDUT SARAH SUHAIRI DI KOREA DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA


"Saya tidak menguar-uarkan mengenai persembahan di Festival Jagalchi itu disebabkan ia adalah kandungan asal untuk saluran YouTube Blimey. Saya tidaklah mahu membocorkan mengenai perancangan mereka itu. Tidak sangka pula festival itu sangat besar di sana dan jujur saya memang sangat risau.





"Apa tidak, sudahlah saya bertudung dan menyanyikan lagu bahasa asing, takut pula penonton di sana tidak faham. Syukur, ada juga yang menari bersama di pertengahan lagu apabila mereka sudah mula suka dengan rentak lagu itu.

"Selepas persembahan, ada seorang penyanyi trot tempatan di sana siap bergambar dengan saya dan memuji persembahan sangat bagus," tutur penyanyi Sarah Suhairi yang mengakui tersentuh dengan sambutan luar biasa terhadap video persembahannya di YouTube menyanyikan lagu dangdut di Festival Jagalchi, Busan, Korea Selatan, baru-baru ini.

Sarah, 19, berkata persembahannya menerusi lagu 'Senggol Senggolan, Cubit Cubitan' itu sebenarnya sebahagian daripada isi kandungan video milik bintang YouTube dari Korea Selatan, Blimey. Penyanyi lagu 'Nyawa & Raga' itu turut teruja apabila video berkenaan mendapat perhatian dan perbualan sebaik dimuatnaik di YouTube.

Klik untuk gambar besar


"Saya sangat bersyukur dengan peluang itu dan juga reaksi memberangsangkan terhadap video berkenaan. Meskipun pertama kali dalam hidup mempersembahkan dangdut, saya gembira ia dapat dinikmati penonton di festival itu.

"Jika ada lagi peluang untuk menjayakan festival sebegitu di sana pada masa hadapan, saya berbesar hati untuk menyambarnya. Apapun, saya harus berterima kasih kepada Blimey yang membuka peluang itu buat saya," katanya.

Video persembahan dengan judul Artis Malaysia menyanyi dangdut di hadapan mak cik dan pak cik Korea berkenaan dimuatnaik di saluran akaun Blimey di YouTube sejak 2 November lalu itu setakat ini telah berjaya mendapat tontonan lebih 842,800.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Sarah Suhairi & Youtube Blimey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: