05 November 2019

ANZALNA NASIR BERHASRAT HULURKAN BANTUAN, TERUTAMA BAYI BARU LAHIR


"Sekarang ini, kebanyakan wang dibelanjakan buat bayi saya. Bagaimanapun, saya juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Terutamanya mereka yang mempunyai bayi yang baru lahir. Sekiranya kalian mengenali sesiapa yang memerlukan, sila tag mereka di ruangan komen di bawah.





"Saya berbesar hati untuk membantu mereka," demikian kata pelakon Anzalna Nasir yang menyuarakan hasratnya untuk membantu mana-mana pasangan yang memerlukan bantuan khususnya bagi mereka yang baru sahaja mempunyai bayi.

Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 31, berkongsi berita tersebut menerusi satu posting yang dimuatnaik di Instagram beberapa hari lalu. Hal itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen. Ada yang menyarankan Anzalna untuk merujuk terus kepada pihak hospital bagi mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan.

Klik untuk gambar besar


"Anzalna boleh pergi tengok kat hospital kerajaan. Sebenarnya banyak bayi yang orang tak nak. Ada juga baby yang dilahirkan tanpa ayah. Kesian sangat. Boleh terus ke Institut Jantung Negara untuk bantu melalui tabung yayasan yang kebanyakannya diberi bantuan kepada yang betul-betul memerlukan bantuan puan," saran sebahagian netizen.

Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi gambar terkini dirinya bersama buah hati sulungnya, Mohamad Eidrees Hanif yang kini sudah genap berusia lima bulan: "Saya berjanji untuk memberikan kamu kebahagiaan dan selalu manjakan kamu," tulisnya yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki, 31, pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Mei lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Anzalna Nasir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: