05 November 2019

"SYUKUR ALHAMDULILLAH....." - ZUR EDA TIMANG CUCU KEDUA


Pada jam 6.30 pagi semalam, penyanyi era 80-an, Zur Eda atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar telah selamat menimang cucu kedua selepas anak sulungnya, Siti Sarah selamat bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).





Berita gembira itu dikongsi pelantun lagu 'Kelmarin' menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya: "Alhamdulilah, anak ku Siti Sarah dah selamat bersalin jam 6.30 pagi tadi. Syukur Alhamdulilah terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua hari ini dan hari-hari yang mendatang amin".

Menerusi InstaStory miliknya juga, Zur Eda turut berkongsi video ketika berada di hospital bersama anaknya. Pun begitu, bintang Gegar Vaganza 3 itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai jantina cucunya.

Untuk makluman, Zur Eda menamatkan zaman solo bersama Zulkifli Mohd Yusoff, 54, pada 14 Ogos 1985. Hasil perkahwinan dibina, Zur Eda dan suami dikurniakan dua cahaya mata, Siti Sarah, 27, dan Mohd Naqib, 20, dan seorang cucu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: