22 November 2019
BILA DATO' RED DIDAKWA MENIPU TANAH RM243,000
Suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Dato Red didakwa oleh dua individu menipu apabila mereka menfailkan saman terhadapnya berhubung jual beli tanah.
Bhavanash Sharma (Peguam yang mewakili mangsa) berkata, mangsa telah menandatangani enam perjanjian jual beli sekitar 2016.
Tambahnya, angsa juga telah membuat bayaran penuh sebanyak RM243,000 kepada akauan bank ADN Properties Sdn Bhd, syarikat milik Dato Red dan seorang lagi pemegang sahamnya, Shamshurina Suhaimi.
Oleh yang demikian, kedua-dua plaintif menuntut defendan memulangkan harga pembelian RM234,000, ganti rugi untuk kemungkinan kontrak dan pengkayaan tidak patut, ganti rugi penipuan dan ganti rugi kecuaian profesional.
Selain itu, mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan selain kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Kedua-dua mangsa mendakwa ada membeli enam plot tanah di Mukim Hulu Langat daripada ADN Properties yang mendakwa tanah itu milik mereka.
Mangsa mendakwa semua defendan melakukan penipuan dan menyebabkan Perjanjian Jual Beli (SPA) bertarikh 18 Januari 2016 dan 12 Januari 2016 dikeluarkan melalui firma yang tidak wujud pada 29 Julai 2015.
Dalam pada itu, peguam mangsa berkata walaupun ‘membeli’ tanah tersebut namun masih belum dapat dipindahkan ke atas nama mangsa. Ujarnya lagi, ADN Properties Sdn Bhd bukan pemilik tanah berdaftar atau pemilik benefisial tanah tersebut.
Untuk makluman, sebelum ini pada September 2017, media melaporkan Dato Red turut dituduh melakukan kegiatan penipuan penjualan harga rumah murah.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment