21 November 2019

MASUK HOSPITAL AKIBAT INFLUENZA A - ISMAIL IZZANI MOHON DOA


Menerusi Instagram Stories miliknya, penyanyi Ismail Izzani telah memaklumkan dirinya dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam akibat virus Influenza A. Dalam masa sama, penyanyi lagu 'Cinta' itu berharap semua pihak akan mendoakan kesembuhan dirinya.





"Untuk sesiapa yang tanya.. Mael masuk hospital sebab kena virus Influenza A. Insya-Allah akan sembuh nanti. Doakan kesihatan saya ye," tulisnya.

Di samping itu, Ismail berkongsi foto dirinya terlantar di hospital sambil ditemani oleh ibunya yang juga penyanyi tahun 1980-an, Datin Suliza Salam. Kami mendoakan agar Ismail kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: