Jika sebelum ini, pelakon Shukri Yahaya seakan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua menerusi ucapan yang ditujukan kepada isterinya di IG, terkini menerusi Instagram TV milik Tya, dia telah menghadiahkan suaminya sebuah kotak yang mengandungi alat ujian kehamilan di dalamnya.

Pelakon utama drama 'Andainya Takdir' itu kelihatan terkejut kerana pada mulanya dia berharap hadiah tersebut adalah permainan video: "Alamak! Apa 23 ni? Eh 'pregnant' la..Alhamdulillah," sambil senyum. Berita kehamilan itu turut disaksikan oleh anak perempuan mereka, Aaira Ameena yang sama-sama gembira dengan kedatangan ahli baru.
Terdahulu, Tya mendedahkan pernah mengalami keguguran akibat jatuh di dalam bilik air. Untuk makluman, Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tya Adnan & Syukri Yahaya
________________________

No comments:
Post a Comment